Friday, June 24, 2022

Cara-cara memasak paprik ayam

 

Bahan-bahan

300 gram ayam isi dan tulang ( dipotong kecil)
4 sudu minyak masak
1 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih(diketuk)
1 inci halia dihiris nipis
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
5 helai daun limau purut
1 batang serai (dititik)
5 biji cili api
1/2 labu bawang besar dipotong bulat
1/2 sudu sos ikan
Sayur (kubis bunga,kacang panjang)

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam kuali

2. Tumiskan bawang putih, halia, cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau.

3. Masukkan ayam dan gaulkan 3 ke 4 minit dengan api besar.

4. Masukkan bahan-bahan lain dengan sedikit air, kemudian kacau hingga kuah menjadi pekat.

5. Angkat dan boleh dihidangkan dengan nasi panas.

(Kalau nak masin boleh tambah garam dan kalau nak lagi pedas boleh tambah cili)





Thursday, June 9, 2022

Rahsia Buat Minyak Kelapa Dara (Home Made)

 


Rahsia Hasilkan Minyak Kelapa Dara Dirumah

Bahan-bahan

1. Santan kelapa asli (tidak campur air) 1kg.
2. Bekas simpan berpenutup.
3. Penapis teh (jangan yang kecil sangat).
4. Tisu dapur.
5. Botol untuk isi minyak kelapa dara.

Cara-cara

1. Isikan santan kelapa kedalam bekas yang berpenutup. Letakkan kedalam peti sejuk tempat beku dan biarkan ia beku selama 3 hari 3 malam atau 4 hari 4 malam.

2. Keluarkan santan itu dan biarkan ditempat terbuka pada suhu bilik supaya ia mencair sendiri lebih kurang 6 hingga 8 jam. Bila semua santan dalam bekas itu sudah cair, anda dapat lihat ada 2 lapisan cecair dalam bekas itu. Lapisan yang paling bawah bewarna putih keruh itu air buangan, lapisan yang atas itu cecair yang jernih yang bercampur keladak. Inilah minyak minyak kelapa dara yang asli. Sekarang anda kena asingkan minyak kelapa dara dari air yang keruh tadi dan keladak atau tahi minyak.

3. Proses pengasingan minyak kelapa dara ni tidaklah susah sangat, cuma perlukan kesabaran saja. Mula-mula masukkan semula bekas yang berisi minyak kelapa dara yang belym diasingkan lagi kedalam peti sejuk, tapi bukan kat tempat beku.(tempat sejuk biasa jer).

4. Biarkan selama 30minit hingga 1jam atau sehingga minyak kelapa dara itu saja yang membeku. Apabila minyak kelapa dara itu sudah beku ia akan beku dengan keladak santan tadi, jadi anda bolehlah keluarkan air yang keruh itu...

5. Sekarang yang tinggal minyak kelapa dara dan keladak santan yang belum diasingkan. Cara nak asingkan 2 bahan ini ialah, letakan tisu atas penapis teh tadi dan tapiskan minyak kelapa dara dan keladak itu. Proses ni lebih kurang 40 minit hingga 1 jam bergantung sais penapis teh, lagi besar penapis teh lagi cepat. Bila dah siap tapis MAKA siaplah minyak Kelapa Dara Home Made anda 100% original.

Masukkan kedalam botol dan tampal pelekat jenama sendiri.

Biasanya 1kg santan asli boleh menghasilkan 70ml hingga 85ml minyak kelapa dara...



Selamat Mencuba.





Wednesday, June 8, 2022

Cara Buat Ikan Masin (Home made)

 Bahan-bahan :

1. Ikan
2. Garam kasar
3. Bekas kedap udara


Cara membuatnya

1. Siang ikan belah dari belakang, jangan sampai putus.

2. Cuci hingga bersih semua perut dan insang. Jika ada telur terpulang nak buang atau nak masinkan sekali.

3. Taburkan garam kasar kedalam bekas kedap udara Susun ikan kemudian taburkan garam gasar di atas ikan tadi, kemudian lapiskan dengan ikan yang lain dan taburkan garam kasar sama seperti tadi sehingga ikan itu habis.

4. Garam mestilah banyak supaya ikan tidak busuk semasa proses pengeringan (lebih kurang segengam setengah hingga dua gengam bagi setiap lapis ikan).

5. Tutup ikan itu dengan penutup kedap udara semalaman.

6. Selepas semalaman, bilas kesemua ikan itu dengan air bersih, kemudian tos kan airnya.

7. Susun ikan diatas dulang atau para,kemudian jemur ikan itu dibawah matahari terik 1 hingga 2 hari, jika ikan belum kering jemur lagi hingga kering.

8. Jika telah kering bolehla simpan dalam bekas yang bertutup. Siap.


Selamat Mencuba.


Burung Gouldian Finch

 Burung Gouldian Finch atau burung pipit 7 warna : Permata Berwarna dari Australia Burung Gouldian Finch (Erythrura gouldiae) merupakan anta...