Monday, January 17, 2022

Rahsia Menjaga Zebra Finch: Burung Hiasan Popular di Seluruh Dunia



Belajar pelihara Burung Zebra Finch






 Zebra finch (Taeniopygia Guttata) atau burung pipit kuda belang . Burung pipit zebra adalah dari spisis yang menarik dan amat mudah untuk dipelihara dan dibiakkan di dalam sangkar.
 Ciri utama burung zebra finch yaitu terdapat bentuk  belang di bahagian bawah lehernya burung jantan seperti kuda belang. Dari itu burung ini dikenali sebagai burung zebra finch (pipit kuda belang)


Burung zebra finch jantan

1) Paruh bewarana oren lebih terang dari yang betina.
2) Pipi mempunyai tompokan bewarna Oren atau Hitam.
3) Dibahagian tengah dada bewarna hitam dengan garisan zebra (kuda belang) pada bahagian sisi leher dan bahagian bawah dagu.
4) Pada bahagian sisi terdapat warna oren atau hitam dengan tompokan kecil warna putih.
5) Suara lebih kuat dan bervariasi.

Burung Zebra Finch Betina

1) Paruh bewarna Oren yang lebih pudar dari yang jantan.
2) Tidak memiliki tompokan oren atau hitam pada bahagian pipi.
3) Ada satu garisan hitam dibawah mata.
4) Pada bahagian pipi dan dada bewarna pudar abu-abu.
5) Tiada warna oren atau hitam pada bahagian sisi.
 Jika zebra finch telah melalui proses mutasi warna, untuk membezakan yang jantan dan yang betina agak sukar. Tetapi cara biasa yang di gunakan adalah dengan melihat pada warna paruhnya samada oren terang atau oren pudar. Anda juga boleh mengasingkan salah seekor dari zebra finch itu dan anda akan dengar suara lubih kuat atau perlahan dan Variasi Suara burung itu.

Proses Pembiakkan

1)Pemilihan Pasangan (Jantan dan Betina)

Ciri-ciru  induk burung zebra finch yang  berkuali adalah  yang sempurna, tidak cacat, bergerak dengan lincah dan aktif. Induk yang sudah matang dan bersedia untuk mengawan biasanya berusia 6 bulan atau lebih.
Cara memilih pasangan zebra finch yang sesuai adalah melalui pemerhatian. Anda boleh perhati beberapa burung zebra finch dalam satu sangkar. Pasangan burung zebra finch  yang sesuai adalah yang sentiasa  berdekatan, tidur bersebelahan, saling membersihkan bulu dan melakukan berbagai-bagai ragam bersama. Jadi untuk membuat pemilihan pasangan burung zebra finch ini perlukan lebih ketelitian. Jika pemilihan burung zebra finch yang tidak sesuai, ia tetap akan mengawan dan bertelur tetapi ia akam mengambil masa yang lebih lama.
Pemilihan pasangan burung zebra finch memang memakan waktu lebih lama.

2. Persiapan sangkar biak

Sebaiknya hanya melepaskan sepasang burung zebra finch dalam sangkar biak. Sangkar ini mesti tiada gangguan dari burung finch yang lain supaya tiada ganguan semasa proses mengawan dan penjagaan telur serta penjagaan anak oleh induk. Selain itu, sangkar ini juga mestilah bersih dan tidak lembab serta di letakkan ditempat yang tenang ( tiada ganguan).

Ukuran ideal untuk sangkar burung zebra finch ini adalah 18x18x20 cm. Ini adalah ukuran paling minimal. Namun, semakin besar sangkarnya, semakin baik untuk burung-burung ini.

3. Persiapan Sarang

Anda juga perlu meletakkan sarang yang akan dimasukkan ke dalam sangkar. Burung zebra finch lebih menyukai sarang yang tertutup untuk tempat bertelur dan mengerami telurnya. Jadi anda boleh membuatnya dari kotak kecil  atau dari botol plastik yang dilubangi sesuai dengan badannya.

4. Masa pembiakkan (Breeding)

Biasanya burung zebra finch akan bertelur antara 3 sampai 8 biji. Mereka akan bertelur sebanyak sehari sebiji sampai telur dalam tubuhnya habis. Kemudian telur itu akan dierami selama 14 – 16 hari. Jika telur tidak menetas lebih dari 20 hari, Anda harus membuang telurnya supaya mereka boleh bertelur lagi.Setelah telur menetas, Anda diingatkan sepaya tidak menggangu anak-anak burung itu, dikhuatiri induk zebra finch akan merajuk dan tidak mahu menjaga anaknya sendiri. Burung zebra finch boleh hidup antara 4 hingga 8 tahun.


Makanan Burung Zebra Finch

Pada umumnya burung zebra finch diberi makanan bijirin sama makanan burung kenari. Makanan ini banyak dijual dipasar atau dikedai makanan haiwan seperti milet putih, kenari seed, biji sawi, jewawut, biji lobak, biji selada, biji fumayin, niger, haver dan masih banyak lagi. Anda juga boleh roti , tulang sotong dan juga telur rebus sebagai pelengkap nutrisi dan kalsiumnya. Khususnya pada burung yang sedang dalam masa mangawan atau proses breeding.








No comments:

Post a Comment

Burung Gouldian Finch

 Burung Gouldian Finch atau burung pipit 7 warna : Permata Berwarna dari Australia Burung Gouldian Finch (Erythrura gouldiae) merupakan anta...